Wednesday, April 4, 2012

Abu Hamid Ahmad Bin Khazruya Al-Balkhi

Abu Hamid Ahmad Bin Khazruya Al-Balkhi, adalah seorang yang terkenal di kota Balkh, memperisterikan seorang wanita yang soleh anak pemimpin kota itu. Di antara sahabat rapatnya ialah Hatim As-Ashamm dan Abu Yazid Al-Busthami. Ia pergi ke Nishapur dan meninggal dunia tahun 240 H/864 M dalam usia 95 tahun.

Seorang pencuri berjaya masuk ke dalam rumah Ahmad Bin Khazruya. Setiap sudut telah digelidahnya tetapi tak satupun yang ditemuinya. Dengan rasa putus asa ia hendak meninggalkan tempat itu, Ahmad memanggilnya :

"Anak muda, ambillah baldi itu, timbalah air di perigi itu, kemudian bersucilah dan solat. Jika nanti aku perolehi sesuatu, akanku berikan kepadamu supaya engkau tidak meninggalkan rumah ini dengan tangan kosong."

Anak muda itu berbuuat seperti yang disarankan oleh Ahmad. Ketika hari telah siang, seorang lelaki datang membawa 100 dinar emas untuk Syeikh Ahmad.

"Ambillah wang ini sebagai ganjaran solatmu malam tadi," Ahmad berkata kepada pencuri itu.

Sesaat itu juga tubuhnya gementar, ia menangis dan berkata :

"Aku telah memilih jalan yang salah. Baru satu malam aku berbakti kepada Allah, sudah begitu banyak kurnia yang dilimpahkanNya kepadaku."

Pencuri itu bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ia tidak mahu menerima emas tersebut dan kemudian ia menjadi salah seorang murid Ahmad.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu ketika, Ahmad memakai pakaian compang-camping singgah di satu tempat pengajian.

"Orang ini bukan tinggal di tempat pengajian ini," mereka berbisik kepada tuan guru mereka.

Pada suatu hari Ahmad pergi ke perigi dan timbanya erjatuh. Orang yang terlihat kejadian itu memarahi Ahmad dan segera memberitahu kepada tuan guru mereka.

Ahmad menyarankan kepada ketua mereka :

"Bacalah Al-Fatihah agar timba yang terjatuh itu keluar dari dalam perigi itu."

"Pelik sungguh cadanganmu itu," kata tuan guru dengan perasaan hairan.

"Jika engkau tidak mahu, izinkanlah aku yang membacakannya."

Guru itu mengizinkan Ahmad membaca Al-Fatihah dan timba itu muncul ke permukaan air. Menyaksikan kejadian ini tuan guru bertanya dengan sangat hairan :

"Anak muda, siapakah engkau ini sebenarnya sehingga gudang gandumku hanya seperti dedak dibandingkan dengan sebutir gandummu?"

Ahmad menjawab :

"Beritahu kepada anak muridmu agar mereka menghormati orang yang sedang bermusafir."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki menemui Ahmad dan berkata :

"Aku sakit dan miskin. Ajarlah aku satu perkara agar aku terlepas dari ujian-ujian ini."

"Tuliskanlah setiap macam usaha yang engkau ketahui di atas secarik kertas . Simpanlah kertas itu di dalam satu bekas dan bawalah bekas itu kepadaku," jawab Ahmad.

Lelaki itu menuliskan setiap macam usaha pada sehelai kertas lalu ia masukkan ke dalam sebuah bekas, kemudian diberikannya kepada Ahmad. Ahmad memasukkan tangannya ke dalam bekas itu dan mengeluarkan secarik kertas. Ternyata di atas kertas itu tertulis perkataan "merompak".

"Engkau harus menjadi seorang perompak," kata Ahmad.

Lelaki itu merasa hairan, namun ia tetap mengikuti kata-kata Ahmad lalu ia meninggalkan tempat itu dan bekerjasama dengan sekumpulan perompak.

"Aku ingin bekerjasama dengan kamu. Aku akan melakukan segala suruhanmu," dia memohon.

"Ada satu peraturan yang harus engkau taat iaitu apa pun yang kami perintahkan engkau harus kerjakan," kata ketua perompak itu.

"Akanku ikuti perintah kamu," ia meyakinkan ketua perompak itu.

Telah beberapa hari ia mengikut kumpulan perompak itu. Pada suatu hari lalulah sebuah kafilah. Perompak-perompak itu merompak kafilah itu dan membawa salah seorang anggota kafilah itu kepadanya.

"Penggal kepalanya," perintah mereka.

Lelaki ini tergamam. Hatinya berkata :

"Ketua perompak ini telah banyak membunuh manusia, lebih baik aku bunuh dia saja daripada saudagar ini."

"Jika kamu ingin terus bekerja dengan kami, ikutilah perintah kami. Jika tidak pergilah cari pekerjaan lain," ketua perompak itu mengugutnya.

"Jika untuk mentaati perintah, maka perintah Allah yang patut ditaati bukan ketua perompak ini," fikir lelaki itu.

Lantas dia menghunus pedangnya dan memenggal kepala ketua perompak itu. Apabila melihat kejadian ini, perompak-perompak lain segera melarikan diri dan meninggalkan segala harta rampasan tadi. Saudagar itu memberikannya emas dan perak maka ia dapat hidup dengan senang kemudiannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu ketika Ahmad menjamu seorang tamunya. Untuk itu Ahmad menyalakan 70 batang lilin. Melihatkan layanan yang mewah itu tamunya itu menyindirnya.

"Aku tak senang menyaksikan semua ini. Pembaziran ini tidak sesuai untuk seorang sufi."

"Jika demikian padamkanlah lilin-lilin yang telahku nyalakan bukan kerana Allah," jawab Ahmad.

Sepanjang malam itu tamunya tadi sibuk memadamkan lilin itu tetapi tidak satu pun di antara ke 70 lilin itu dapat dipadamkannya. Keesokan harinya Ahmad berkata kepada tamunya  itu :

"Mengapa engkau merasa hairan. Mari, ikuti aku, akanku tunjukkan hal yang benar-benar menakjubkan."

Lalu mereka pergi dan sampai ke pintu sebuah gereja. Ketika melihat Ahmad beserta sahabat-sahabatnya, pengurus gereja itu mempersilakan mereka masuk. Kemudian ia mempersiapkan jamuan di atas meja dan mempersilakan Ahmad makan.

"Orang yang sedang bermusuhan tidak akan makan bersama," kata Ahmad.

"Jika demikian Islamkanlah kami," jawab ketua gereja itu.

Ahmad mengIslamkan mereka yang semuanya berjumlah 70 orang itu. Pada malam itu Ahmad bermimpi dan di dalam mimpi itu Allah berkata kepadanya :

"Ahmad,engkau telah menyalakan 70 lilin untukKu dan kerana itu untukmu telahKu nyalakan 70 jiwa dengan api iman."

No comments:

Post a Comment